Muhammad Misykat jadi Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Kali Ke-28 Peringkat Kebangsaan Tahun 2012

Tarikh : 21 hingga 24 Oktober 2012
Tempat : Hotel Empress Sepang (Pertandingan Awal)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Pertandingan Akhir)

Pelajar kita, Muhammad Misykat Abdul Rahman dari kelas 5 Gamma (2012) telah meraih anugerah Johan bagi Pertandingan Pidato Piala Diraja Kali Ke-28 peringkat Kebangsaan Tahun 2012. Untuk keterangan lanjut, sila baca artikel dari Utusan di bawah ini:

Misykat, juara pidato

PUTRAJAYA 24 Okt. – Prinsip tidak mudah mengalah dan terus berusaha yang menjadi pegangan Muhammad Misykat Abdul Rahman, 17, akhirnya membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai juara Pertandingan Pidato Piala Diraja Ke-28 peringkat kebangsaan.

Pemenang bagi kategori sekolah menengah yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, Subang Jaya, Selangor itu berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan dan iringan serta sijil penyertaan.

Muhammad Misykat berkata, pengalaman gagal dalam sebuah pertandingan pidato di peringkat daerah tahun lepas menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan persembahan terbaik dan menebus kekecewaannya sebelum ini.

“Saya tidak berhenti mencuba memberikan yang terbaik untuk pertandingan ini dan berasa gembira apabila diumumkan menang. Terima kasih kepada ibu bapa, guru, dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai juara pertandingan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa’at Tumin menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Yang turut hadir, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertindak sebagai hakim untuk pertandingan peringkat akhir itu.

Pertandingan yang terbahagi kepada kategori sekolah menengah dan rendah itu menyaksikan penyertaan daripada 32 peserta dari seluruh negara.

 

One thought on “Muhammad Misykat jadi Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Kali Ke-28 Peringkat Kebangsaan Tahun 2012

  1. Tahniah diucapkan kepada Sdr. Muhammad Misykat, Pn. Norai’dah, Pn. Siti Rose, Pn. Salmera, Ustazah (yang sudi meminjamkan Bilik Gerakan di Surau SMKSU) dan semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Saya tumpang gembira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s