Bagi pihak Pentadbir SMK Subang Utama dan warga sekolah yang lain, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru dan pelajar Cina yang menyambut tahun baru pada bulan ini. Tahun ini merupakan Tahun Naga. Berhati hati di jalan raya semasa pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru ini. Kepada guru dan pelajar lain, singgahlah di rumah rakan-rakan anda untuk mengeratkan lagi tali persahabatan semasa Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti.
Sekali lagi dari kami di SMK Subang Utama: Selamat Tahun Baru Cina
Setelah permohonan rayuan pertukaran kelas/pakej pelajar diterima dan diteliti, pihak pentadbiran sekolah telah memutuskan kedudukan pelajar Tingkatan Empat mengikut kelas seperti berikut dan keputusan rayuan yang tertera di bawah ini adalah muktamad:
Sila klik untuk memuat turun Senarai Nama Pelajar Tingkatan Empat Tahun 2012 yang terkini:
Harap maklum. Pelajar-pelajar Tingkatan Empat diminta berada dalam susunan Kelas anda mengikut Senarai Nama Pelajar yang terkini semasa Perhimpunan pada hari Isnin nanti dan seterusnya masuk ke Kelas masing-masing mengikut Senarai Nama yang terkini iaitu mulai 16hb. Januari 2012. Sekian, terima kasih.
Memandangkan sekolah telah bermula pada hari Rabu yang lepas dan pelbagai perubahan telah dibuat bagi kebaikan pelajar semua. Berkaitan dengan perkara ini, saya bagi pihak Jawatankuasa ICT Sekolah ingin merayu kepada ibu bapa atau sesiapa yang dapat membantu sekolah dengan mendermakan beberapa set PC lama ataupun baru supaya kami dapat melengkapkan kedua Makmal Komputer di sekolah untuk kegunaan pelajar dan guru. Segala bantuan oleh orang ramai dialu-alukan serta didahului dengan ucapan terima kasih. Sila berhubung terus dengan Pejabat Sekolah melalui telefon (03-5634 8971) untuk menyalurkan bantuan anda kepada kami.
Kini, senarai nama pelajar mengikut tingkatan/kelas boleh dimuat turun di sesawang ini dengan melayari bahagian Muat Turun di mana dokumen dalam bentuk PDF telah dimuat naik untuk kemudahan para guru serta pelajar. Harap maklum.
Berikut adalah Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2012 serta cuti ganti/peristiwa bagi tahun ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik pada pautan di bawah ini untuk memuat turun dokumen-dokumen berikut:
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.
Here’s an excerpt:
The concert hall at the Syndey Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 12,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 4 sold-out performances for that many people to see it.